Harap folio ini dapat membantu dalam pembelajaran anda!
Seni Folio-
Buku Skrap
Arca
|
Arca
|
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Jenis – Jenis Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.
Arca Luakan
Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo.
Arca binaan
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
Rujukan
http://
apaituarca.blogspot.com
http://
senivisual1.blogspot.com
Buku Teori Seni Visual Edisi Kedua
No comments:
Post a Comment